Ismi Dik Rain

Ismi Dik Rain

Syukran kerana singgah d Rain blog

Insyaallah blog ini hanyalah nak berkongsi dengan kawan-kawan tentang minat saya terhadap kucing dan kucing-kucing yang saya pelihara. Saya ada niat untuk membuka Yayasan Kucing sautu hari nanti. Saya harap kawan-kawan dapat mendoakan saya agar nanti cita-cita saya akan tercapai.
Dan selepas nie saya akan menulis lebih banyak lagi catatan tentang maklumat yang berkaitan dengan kucing ini,,,..Kepada kawan-kawan yang nak berkongsi maklumat ataupun minat tentang kucing ini boleh laa berkongsi di facebook saya iaitu chee rain...

udm

Aduh-aduh tak tahu nak kata apa hari pertama datang ke udm, sebabnya jauh dari negeri kelahiran n tak ada keinginan pun nak datang ke udm . dulu-dulu cita-cita nak masuk uia nak buat cam mana bahasa arab kena dapat sekurang-kurangnya 2. Tak lepas syarat itu. tapi hasrat dihati nie lepas spm nak sambung ambil kos yang berkaitan dengan pengajian islam, so pilih laa semua universiti yang ada pengajian islam yang lepas syarat. so lepas keputusan ternyata dapat universiti ini. Bukan tak seronok datang sini sebab dia jauh sangat dari perlis. Minggu pertama datang sini tak lalu nak makan pun sampai seminggu tu  macam pergi plkn hari tu seminggu tak makan nasi tu yang menjadi kehairanan aku dapat pula tahan . Masa minggu orintasi ada yang aku tak join sebab deman .Sebenarnya deman tu ada maksud, ala biasalah baru-baru datang sini , tapi sekarang dah rasa lain dah, rasa seronok duk sini. Kita nie kena mengembara untuk berpengetahuan yang lebih oleh itu kawan-kawan jangan laa berasa sedih apabila berada jauh dari kampung halamam. Sebenarnya ia banyak kebaikan dan memberi kematangan kepada kita untuk menghadapi hari yang seterusnya.